Salam semua, entri minggu ke-4 akan didedahkan berkaitan dengan fotografi serta pencahayaan yang melibatkan dedahan/ Exposure, Aperture, dan Kelajuan Shutter/ Shutter speed serta penerangan berkaitan dengan Imbangan Putih/ white balance.
Exposure/ Dedahan
Exposure yang terlalu tinggi akan menyebabkan gambar anda terlalu cerah (overexposed) di mana jumlah cahaya yang diterima oleh sensor adalah terlalu banyak manakala dedahan yang terlalu rendah akan menyebabkan gambar anda terlalu gelap (underexposed) iaitu sedikit cahaya yang terkena pada sensor kamera anda.
Exposure/ Dedahan
- Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan kawalan kepekaan atau ISO.
- ringkasnya --> Exposure = ISO + Aperture + Shutter Speed + Light
Exposure yang terlalu tinggi akan menyebabkan gambar anda terlalu cerah (overexposed) di mana jumlah cahaya yang diterima oleh sensor adalah terlalu banyak manakala dedahan yang terlalu rendah akan menyebabkan gambar anda terlalu gelap (underexposed) iaitu sedikit cahaya yang terkena pada sensor kamera anda.
Exposure dikawal oleh tiga perkara iaitu Aperture (A), kelajuan shutter (S) dan kepekaan (ISO). Bergantung kepada apa yang kita ingin capai dalam sesuatu gambar, aperture memberi kesan kepada ‘Depth of Field‘ (DOF). DOF adalah medan kejelasan atau jarak sesuatu objek yang berada dalam kawasan fokus. Ini bermaksud nilai aperture yang berlainan memberi jarak kejelasan yang berlainan dalam sesuatu gambar itu. Gambar dibawah menjelaskan berkaitan dengan segitiga dedahan/ exposure.
3 asas utama seperti Aperture, Kelajuan Shutter dan kepekaan (ISO) sering berkait rapat antara satu sama lain dimana setiap fungsi-fungsi tersebut memainkan peranan masing-masing didalam kamera DSLR anda.
Aperture
Gambarajah di bawah menunjukkan ringkasan bagi penerangan Aperture.
Aperture
- Aperture dimaksudkan pada pembukaan ruang rongga lensa kamera (Saiz pembukaan lensa).
- Aperture dibaca pada ukuran f-stop contoh f/1.8 atau f 5.6 .Semakin besar nilai aperture atau f (contoh f/22), semakin mengecil ruang rongga lensa. Semakin kecil nilai f semakin besar ruang pembukaan lensa (contoh f/1.8).
- "Aperture Besar" : F-number yang kecil. Contoh : F1.4
- "Aperture Kecil" : F-number yang besar. Contoh : F22 Pilihan F-number memberi kesan langsung kepada DOF dan Bokeh
- "DOF" - @ Depth-Of-Field ialah jarak subjek dalam ruang fokus yang jelas (sharpness). Lebih besar aperture, lebih kecil DOF.
- "Bokeh" - ialah merujuk kepada imej yang diluar ruang fokus dan tidak jelas (blur). Lebih besar aperture, lebih ketara bokeh.
- "F-stop" ialah pergerakan seunit dari satu F-number kepada F-number seterusnya.
Gambarajah di bawah menunjukkan ringkasan bagi penerangan Aperture.
Kelajuan Shutter/ Shutter Speed
- Shutter speed ialah kadar kelajuan shutter ditutup apabila sesuatu imej dirakamkan. keadaan ini menentukan berapa lama imej terdedah kepada cahaya.
- Semakin laju shutter speed (fast shutter speed), semakin 'sharp' imej yang dirakamkan. Nombornya yang lebih besar. Contohnya 125 = 1/125" . Tempoh dedahan lebih pendek.
- Semakin perlahan shutter speed (slow shutter speed), semakin ' blur/ bokeh ' imej yang diambil. Nombornya yang lebih kecil. Contohnya 15 = aka 1/15" . Tempoh dedahan lebih panjang/lama.
- Tempoh masa dikira dalam unit persaat (kecuali dinyatakan sebagai saat). Contohnya "shutter speed 60" merujuk kepada 1/60s.
- "Shutter Lebih Lama" : nombor yang disebut dalam saat. Contohnya 10saat (aka 10"). Tempoh dedahan panjang.
- "Bulb" : @ "B" ialah tempoh buka dan tutup secara manual bergantung kepada pengguna. Ia boleh jadi 1/10" atau 3 jam.
- Pemilihan penggunaan shutter speed boleh memberi kesan secara langsung kepada bentuk imej yang terhasil - blurry, freeze, light-trail, star-trail, smooth, light-painting.
(sumber dari miketurner photography)
Jadi, daripada gambar foto di atas apakah mekanisma yang mengawal shutter speed? Contoh pada Foto A dan Foto B menunjukkan mekanisma bagi mengawal kelajuan shutter, iaitu dengan 1/500 s dan 1/20 s. Shutter Speed 1/500s adalah lebih laju berbanding shutter speed 1/20s. Kebolehan menukar shutter speed ini boleh membuatkan gambar yang diambil lebih menarik.
ISO
(singkatan kepada "International Organisation for Standardization" )
(singkatan kepada "International Organisation for Standardization" )
- "ISO-number" - tahap sensitiviti filem/sensor terhadap cahaya. Nombor paling rendah (cth :100) paling kurang sensitif. Lagi tinggi nombornya (cth:1600) lagi sensitif pada cahaya.
- "Noise" - variasi kecerahan atau maklumat warna dalam imej yang membentuk "bintikan" pada gambar. Lagi tinggi nombor ISO, lagi jelas "bintikan" ini.
- "ISO-stop" ialah pergerakan dari satu ISO-number kepada ISO-number seterusnya.
Contoh gambar boleh di lihat kuliah minggu ke-3
Imbangan Putih / White Balance
- Imbangan putih /white balance. (WB) adalah proses mengeluarkan Acuan Warna yang Tidak Realistik, supaya objek yang putih kelihatan putih dalam gambar anda.
- White Balance Kamera yang betul bagi mengambil kira suhu warna "sumber cahaya”, Kamera digital sering menghadapi kesukaran yang besar dengan Atuto White Balance (AWB) – Putih yang terselindung dengan warna Biru, Oren, Merah atau Hijau.
- Gambar atas menunjukkan menu bagi White Balance yang terdapat dalam kamera DSLR anda.
- Bagi gambar foto di bawah merujuk kepada pengunaan White balance dalam sesuatu subjek atau objek.
Sebelum mengakhiri kuliah saya lampirkan kepada anda semua nota ringkas berkaitan White balance, ISO, Aperture dan Shutter Speed dalam versi english. maklumat lanjut anda semua boleh layari laman web berikut: http://godigitalslr.com/shoot-manual-mode-cheat-sheet/
Seterusnya, kuliah minggu hadapan akan menerangkan berkaitan teknik Asas Pengambaran yang di sampaikan oleh En. Puaat.