Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari Pertama iaitu pada hari isnin kuliah pertama pada sesi pengajian 2013/2014 semester 2. Pada minggu pertama , Kuliah bagi subjek Penerbitan Teknologi Visual Statik disampaikan oleh pensyarah yang bertauliah iaitu Prof. Madya Dr. Jamalludin B. Hj Harun. Kuliah pada minggu ini merupakan minggu pengenalan bagi kurus MPT 1483. Pertama sekali terima kasih kepada Dr. Jamalludin B. Hj Harun kerana memberi peluang kepada saya untuk mengikuti kelas MPT 1483 VISUAL TECHNOLOGY PRODUCTION walaupun saya merupakan pelajar dari program lain. Tujuan saya mengikuti kelas ini adalah untuk mengembangkan lagi ilmu fotografi ini. Secara jujurnya saya memang tiada asas berkaitan fotografi tetapi saya minat untuk mengambil gambar. Berkaitan subjek ini saya sebenarnya saya dapat tahu dari rakan sekelas saya bahawa ada subjek berkaitan fotografi dan sebab itulah saya begitu teruja apabila subjek ini di tawarkan pada semester ini. Di samping saya ingin mengembangkan bakat saya yang bukan sahaja fokus kepada ilmu matematik malahan dalam ilmu fotografi juga saya patut ceburi dan pelajari. |
0 Comments
|
Zul H ZSPanggilan nama Zul. Nama penuh boleh lihat di profile diri saya. Berasal dari Pontian, dan kini menetap di Segamat. Saya merupakan fotografer beginner(pemula) baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi ini. Selamat Datang ke blogger saya dan terima kasih kepada yang sudi membaca blog ini. Lihat Juga
|