Sekarang saya tunjukkan pada rakan-rakan hasil gambar yang saya ambil ketika aktiviti 'outdoor shooting' selama sejam. Moh la kita tengok hasil-hasilnya.
Salam semua..
Kuliah minggu ini merupakan kuliah minggu ke -7, Kuliah dimulakan sejam lebih awal dari biasa, bermula jam 3 petang. Kali ini kuliah kami di sampaikan oleh En. Puaat yang akan menerangkan berkaitan Pencahayaan di bilik Studio fotografi selama sejam. Banyak ilmu baru yang saya belajar daripada En. Puaat berkaitan Lightening studio (Pencahayaan studio) antaranya menunjukkan peralatan yang digunapakai dalam studio fotografi seperti lampu studio, 'light stand', softbox atau umbrella, 'camera tripod' backdrop, backdrop stand, dan jenis kamera yang digunakan dalam bilik fotografi. Encik Fuad menjelaskan bahawa studio fotografi biasanya digunakan untuk mengambil gambar potrait. Selain itu, kalau semua nak tahu harga bagi semua peralatan dalam bilik studio fotografi ini memakan peruntukan modal yang besar, contohnya seperti harga kamera 'Hassel Dlad' yang diguna dalam bilik fotografi dalam lebih daripada RM3000 - 6000. Selanjutnya, saya sempat menangkap beberapa gambar dalam bilik studio fotografi UTM. Jom tengok hasil gambar !!!. |
Zul H ZS
Panggilan nama Zul. Nama penuh boleh lihat di profile diri saya. Berasal dari Pontian, dan kini menetap di Segamat. Saya merupakan fotografer beginner(pemula) baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi ini. Selamat Datang ke blogger saya dan terima kasih kepada yang sudi membaca blog ini. Kategori
All
|