Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari Pertama iaitu pada hari isnin kuliah pertama pada sesi pengajian 2013/2014 semester 2. Pada minggu pertama , Kuliah bagi subjek Penerbitan Teknologi Visual Statik disampaikan oleh pensyarah yang bertauliah iaitu Prof. Madya Dr. Jamalludin B. Hj Harun. Kuliah pada minggu ini merupakan minggu pengenalan bagi kurus MPT 1483. Pertama sekali terima kasih kepada Dr. Jamalludin B. Hj Harun kerana memberi peluang kepada saya untuk mengikuti kelas MPT 1483 VISUAL TECHNOLOGY PRODUCTION walaupun saya merupakan pelajar dari program lain. Tujuan saya mengikuti kelas ini adalah untuk mengembangkan lagi ilmu fotografi ini. Secara jujurnya saya memang tiada asas berkaitan fotografi tetapi saya minat untuk mengambil gambar. Berkaitan subjek ini saya sebenarnya saya dapat tahu dari rakan sekelas saya bahawa ada subjek berkaitan fotografi dan sebab itulah saya begitu teruja apabila subjek ini di tawarkan pada semester ini. Di samping saya ingin mengembangkan bakat saya yang bukan sahaja fokus kepada ilmu matematik malahan dalam ilmu fotografi juga saya patut ceburi dan pelajari. Seteusnya, Dr. Jamalludin B. Hj Harun memberi penerangan berkaitan subjek ini dari awal semester sehingga akhir semester di samping menerangkan pecahan pemarkahan untuk subjek ini. Beliau menerangkan berkaitan digital imaging yang disampaikan oleh beliau sendiri manakala adobe photoshope pula akan disampaikan oleh Dr. Nurbiha. Kemudian, Dr. Jamalludin B. Hj Harun menerangkan berkaitan serba sedikit berkaitan fotografi, teknik fotografi , menceritakan pengalaman beliau sepanjang menjadi fotografer ,serta menunjukkan kepada semua berkaitan gambar-gambar yang beliau tangkap melalui laman sosial iaitu Facebook. Apabila melihat gambar yg ditunjukkan kepada kami sekelas terasa teruja melihat gambar-gambar yang menarik, cantik dan kreatif. Selain itu, Dr. Jamal juga menerangkan ringkas berkaitan peralatan yang digunakan pakai oleh beliau. Secara jujurnya, saya memang tertarik dengan subjek ini kerana ada pensyarah yang begitu sporting, ceria dan selalu membuatkan saya tergelak kadang-kadang. Sebelum mengakhiri kuliah Dr.Jamal memberi tugasan kepada kami semua untuk minggu seterusnya dengan memberikan 3 topik utama. Antaranya: i) Topik Umum (Types of camera) ii) Digital DSLR iii) DSLR Brands Topik-topik di atas boleh dipilih untuk pembentangan topik pada minggu seterusnya. |