Salam semua, entri minggu ke-4 akan didedahkan berkaitan dengan fotografi serta pencahayaan yang melibatkan dedahan/ Exposure, Aperture, dan Kelajuan Shutter/ Shutter speed serta penerangan berkaitan dengan Imbangan Putih/ white balance.
Exposure/ Dedahan
Exposure yang terlalu tinggi akan menyebabkan gambar anda terlalu cerah (overexposed) di mana jumlah cahaya yang diterima oleh sensor adalah terlalu banyak manakala dedahan yang terlalu rendah akan menyebabkan gambar anda terlalu gelap (underexposed) iaitu sedikit cahaya yang terkena pada sensor kamera anda.
Exposure/ Dedahan
- Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan kawalan kepekaan atau ISO.
- ringkasnya --> Exposure = ISO + Aperture + Shutter Speed + Light