Salam semua, kuliah diteruskan lagi pada minggu ke 5.. diam tak diam sudah masuk minggu ke 5, masa berlalu begitu cepat. Kuliah Minggu ini agak berlainan sikit kerana kuliah di sampaikan oleh En. Puaat. Beliau merupakan fotografer yang mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang fotografi ini. En. Puaat dijemput bagi memberi penerangan berkaitan teknik asas dalam pengambaran serta berkongsi pengalaman beliau menjadi seorang jurugambar yang professional.
Antara input yang saya pelajari minggu ini adalah bagaimana faktor-faktor berikut boleh menjadikan gambar berada dalam keadaan yang baik dan kemas. Pertama, faktor Aperture itu sendiri, keduanya faktor jarak dan ketiganya adalah faktor lensa yang digunakan. ketiga-tiga faktor ini boleh menghasilkan gambar yang cantik dan kemas.
Seterusnya, berkaitan dengan bagaimana hendak mengubah auto fokus atau manual fokus. Antaranya ialah, AF-A (Auto servo), AF- S (Single Servo), dan AF-C (Continous).
Mari kita ketahui lebih lanjut bagaimana penggunaan AF-A, AF-S dan AF-C.

Mode Auto Fokus
Autofokus (AF) ialah fungsi kamera untuk memfokus subjek secara automatik. Kebanyakan kamera digital biasa mempunyai fungsi ini. Terdapat pelbagai kaedah AF dan kaedah-kaedah ini berbeza bergantung kepada jenis model kamera anda. Terdapat 3 mode Auto fokus.

AF- A ( Auto Fokus Auto - Nikon ) atau Al- Fokus (Canon)
AF- S ( Auto Fokus Single/ Tunggal - Nikon ) atau One Shot (Canon)
Fokus Manual (MF)
- Merupakan Kombinasi antara One Shot (canon) / AF- S (Nikon) dan Al Servo (Canon)/ AF-C (Nikon)
- Sesuai untuk kebanyakkan situasi keadaan.
- Kaedah - Kamera akan fokus pada objek yang tidak bergerak dan akan secara automatiknya memperbetulkan fokus jika objek tadi bergerak. Apabila butang pengatup ditekan separuh. Juga ia akan menukar mod AF antara mod AF-S dan AF-C mengikut kesesuaian.
- Gunakan mod ini untuk mengambil gambar pelbagai subjek pada masa yang sama, atau untuk mengelakkan daripada menukar mod AF secara manual.
AF- S ( Auto Fokus Single/ Tunggal - Nikon ) atau One Shot (Canon)
- Paling sesuai ketika mengambil gambar objek yang tidak bergerak.
- Seperti lanscape, panorama, portrait untuk model pelbagai lagi.
- Kaedah - Tetapkan titik fokus pada view finder, tekan shutter button separuh untuk fokus dan komposisi serta framing. Objek utama akan kekal fokus selagi ia tidak bergerak.
- Digunakan untuk mengambil gambar objek bergerak.
- Sesuai untuk mengambil gambar sukan, kanak-kanak, upacara tarian, binatang dan lain-lain.
- Kaedah - Dengan menekan Butang shutter separuh ke bawah, kamera akan mencari titik untuk difokus dan akan sentiasa memastikan objek tersebut berada dalam fokus walaupun sedang bergerak ke arah atau menjauhi kamera sehingga butang Shutter ditekan sepenuhnya.
Fokus Manual (MF)
- Berfungsi yang membolehkan jurugambar, dan bukan kamera, melaraskan fokus secara manual.
- Walaupun tangkapan autofokus (AF) biasanya digunakan pada kamera digital, MF amat berkesan sekiranya memfokus dengan autofokus lebih sukar, seperti semasa menangkap gambar makro.
- Dalam MF, anda boleh melaraskan kedudukan fokus dengan memutar "gegelang fokus" pada kanta
Gegelang Fokus pada Kanta - Apabila kamera ditetapkan pada mod MF, anda boleh melaraskan fokus secara manual dengan memutar gegelang fokus ini.
Selain itu, En. Puaat menerangkan berkaitan dengan tetapan metering.
Tetapan bacaan/ metering
Tetapan bacaan/ metering
- Setting bacaan/metering adalah berbeza dari satu jenama ke jenama lain.
- Metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata,
- Bagaimana metering berfungsi? Ia berfungsi dengan mengukur tahap kecerahan cahaya yang memantul dari subjek. Dan ia sebenar "buta warna" dan "melihat" subjek dalam bentuk kelabu/grey sahaja.
- Terdapat 3 pilihan mod bagi metering iaitu: Multi-zone (seperti Matrix, Evaluative, Segment) , Centre Weighted dan Spot
- Matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul.
- Paling biasa dan banyak digunakan membuat bacaan berdasarkan kepada kecerahan keseluruhan "frame" (@angle)
- Sesuai untuk gambar pemandangan, gambar kumpulan, pencahayaan subjek dan latar belakang yang tidak kompleks.
- kurang sesuai untuk gambar yang ada backlight, high key, low key, bertentang dengan sumber cahaya lain yg lebih kuat (matahari/flash)
Centre-Weighted Metering
- Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah sensor.
- Biasa digunakan dan agak sensitif membuat bacaan hanya pada bahagian tengah "frame" (ikut % setting) dan mengabaikan cahaya lain.
- Ianya sesuai untuk gambar potret, subjek berlatar lebih gelap atau cerah
Spot Metering
- Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja.
- Paling jarang dipakai dan sangat sensitif
- Penggunaan yang tidak sengaja sering memberikan hasil gambar yang overexposed atau underexposed
- Membuat bacaan secara spesifik pada keluasan dot di "frame" dan mengabaikan cahaya yang lain.
- Sesuai diguna pada subjek yang berada dalam pencahayaan yang terlalu kompleks dan berubah-ubah dengan pantas.
Selanjutnya, En. Puaat menerangan berkaitan dengan Histogram dalam DSLR.
Histogram ialah salah satu cara untuk menentukan Imej yang dirakam mempunyai EXPOSURE (dedahan cahaya) yang cukup atau pun tidak. Kita tak perlu bergantung pada LCD kamera yang mungkin tidak tepat. Histogram mempamerkan secara digital maklumat dan data Imej yang dirakam.

Gambar terbaik ialah gambar yang mempunyai histogram yang seimbang. Jika bentuk histogram hala ke kiri (-ve), gambar yang diambil lebih gelap (underexpose) manakala jika histogram yang diambil hala ke kanan (+ve), gambar yang diambil lebih terang (overexpose). Gambar di bawah menunjukkan pameran bagi histogram yang terdapat dalam Nikon D3100.
Penerangan selanjutnya berkaitan dengan Flash.
Flash unit yang juga dikenali sebagai speedlite, merupakan sumber cahaya artificial yang sangat berguna untuk jurugambar. Flash unit yang ada terbina pada badan kamera tidak dapat memberikan hasil cahaya yang lembut kerana tidak boleh bounce.
Menurut Encik Puaat, terdapat beberapa aksesori tambahan untuk penggunaan Flash ini terutama di dalam studio seperti wireless trigger, payung putih/silver dan tripod. Aksesori ini membantu jurufoto untuk mengambil gambar outdoor atau indoor.

Ada beberapa teknik penggunaan flash iaitu bounce flash, diffuse flash, direct flash, off camera flash.
Teknik bounce flash (pantulan)
Tujuan menggunakan teknik ini adalah untuk memantulkan cahaya dari flash ke permukaan yang lebih besar seperti langit-langit atau dinding.
Teknik Diffuse Light (menyebarkan cahaya)
Tujuannya sama dengan bounce iaitu membuat cahaya lebih rata dan halus. Teknik ini boleh dicapai dengan menggunakan aksesori seperti Gari Fong lightsphere atau stofen omnibounce.
Teknik Direct Flash (langsung)
Cara menggunakan teknik ini adalah dengan mengarahkan flash langsung ke subjek. Biasanya hasil dari direct flash cukup kasar, maka dari itu sering dihindari. Tapi kalau kita tidak boleh melakukan teknik bounce atau diffuse kerana keterbatasan lingkungan, maka teknik ini boleh dilakukan.
Teknik Off Camera Flash
Tujuan teknik ini adalah untuk menghasilkan cahaya yang terarah pada suatu subjek. Misalnya dalam potret manusia, menggunakan teknik ini bagi mendapatkan menghasilkan gambar objek seperti tiga dimensi. Untuk mengunakan teknik ini,memerlukan penghubungan diantara kamera dan flash. Alat penghubungan diantara lain seperti kabel sinkronisasi (cable sync flash), atau wireless trigger (alat pemantik nirkabel). Dengan adanya alat penghubungan, kamera boleh mengatur satu flash ataupun beberapa flasht yang disusun dalam beberapa kumpulan.

Sebelum mengakhiri kuliah tips berguna kepada saya dan rakan-rakan lain ialah En. Puaat memberitahu kepada kami sebenarnya untuk menjadi fotografer ini kita sendiri yang menguasai kamera kita bukan kamera yang menguasai gambar kita.
Banyak input yang saya pelajari kuliah pada minggu ini daripada En. Puaat serta tak lupa juga Dr. Jamal kerana berkongsi pengalaman mereka serta tips yang diberikan kepada kami dalam kelas. Terima kasih sekalung budi buat kedua-dua tenaga profesional iaitu En. Puaat dan Dr. Jamal.